LEBIH 400 kanak-kanak mengambil peluang keemasan dengan menyertai program ‘Play More Learn More’ (PMLM) anjuran Nestle Product Sdn Bhd yang berlangsung di Padang Bola Sepak Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.
Program PMLM memberi peluang peserta mempelajari teknik asas bermain bola sepak, bola jaring dan bola keranjang yang mendapat tunjuk ajar jurulatih pakar sukan tersebut. Pertandingan turut dilangsungkan sebaik selesai klinik sukan.
Setiausaha Sulit Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Rohazam Shah Ahmad turut hadir dan seterusnya merasmikan program itu.
PMLM berjalan lancar di bawah kendalian KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 Pasir Gudang yang dipantau pengerusinya Sabran Awang dan Redhuan Zulkipli.
Acara bola jaring diungguli Sekolah Kebangsaan Majidi Baru selepas menewaskan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3 dengan 4-2 manakala Bola Keranjang Perempuan dikuasai Nam Heng D yang menewaskan Nam Heng B 6-3. Bola Keranjang Lelaki dimenangi Chuan Chen A yang membenam Chuan Chen E 15-8. Bola Sepak 9 Sebelah, Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 3 FC mengalahkan Dataran Mawar Kids 2-0.
Pengurus Pemasaran Sukan Nestle, Ng Ping Loong yang hadir di Kem Milo ini berkata: “Kem Play More, Learn More adalah inisiatif kami dalam usaha menyemai nilai-nilai murni dan positif dalam diri kakak-kanak.” Kem PMLM seterusnya akan berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih, Terengganu, esok.
Sumber : Harian Metro

No comments:
Post a Comment