Pada tarikh 12 hb november SKPJ3 FC telah menghantar 2 buah pasukan untuk berentap dengan 32 pasukan dari sekitar johor bahru dalam pertandingan street soccer 5 lawan 5 . Pasukan A telah berjaya melayakkan siri ke suku akhir,separuh akhir dan perlawanan akhir .Perlawanan akhir SKPJ3 FC bertemu sebuah pasukan kelab futsal yang terkenal di johor bahru iaitu Stylo Mylo. Perlawanan akhir yang menemukan SKPj3 FC dan Stylo Mylo fc memang sengit .Pada separuh masa pertama pasukan Stylo Mylo telah mendahului dengan jaringan 1-0 . Separuh masa kedua membuktikan SKPJ3 FC telah bangkit dan bertubi-tubi melancarkan serangan dan akhirnya berjaya mengikat kedudukan 1-1 . Kedua-dua pasukan seri dan sepakan penalti akan menentukan siapa yang juara . Keputusan sepakan penalti juga telah berakhir dengan kedua-kedua pasukan dengan keputusan seri. Balingan syiling telah di lakukan oleh pengadil dan ketua pasukan menentukan memilih untuk membuat sepakan atau bertahan. Pasukan SKPJ3 FC telah memilih untuk bertahan dan pasukan Stylo Mylo memilih untuk membuat sepakan. Sebanyak 2 kali sepakan telah di batalkan kerana penjaga gol SKPJ3 FC telah membuat kesalahan iaitu keluar dari kawasan garisan gol.. tetapi yang menjadi persoalan dan mengundang kontroversi ialah wisel telah di tiup dan pemain pasukan Stylo Mylo tidak membuat sepakan dan membuatkan penjaga gol pasukan SKPJ3 FC keluar dari garisan gol untuk menyelamatkan bola dari bolos..?? memang menjadi persoalan keputusan pengadil . Tetapi SKPJ3 FC menerima keputusan itu dengan tenang dan menganggap sudah nasib begitu.Biarlah semua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya ,walaupun kesemua pemain pasukan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.Pengurus dan jurulatih menasihati kesemua pemain agar tenang dan sentiasa beranggapan " kita tidak Kalah!!!" cuma peraturan pengadil sahaja yang mengalahkan kita. Banyak juga persoalan timbul dalam perlawanan yang melibatkan sebuah pasukan yang agak ternama bertemu dengan sebuah pasukan sekolah..dalam menjaga reputasi mereka sebagai sebuah pasukan kelab yang terkenal bermacam-macam spekulasi akan timbul.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN....KEPADA KESEMUA PEMAIN PELAPIS,TUNAS SELAMAT BERCUTI DAN SENTIASA BERLATIH DAN BERSIAP-SEDIA UNTUK KEJOHANAN YANG AKAN DATANG...
No comments:
Post a Comment