Sunday, April 21, 2013

PJAY3 JUNIOR " Here We Are"

     Barisan pemain PJAY3 Junior. Pemain yang mencangkung sebelah kanan ,antara pemain yang mempunyai kemahiran lebih dari rakan pelatih yang lain dari segi hantaran dan sepakan. di peringkat sekolah rendah agak susah nak cari pemain yang dah ada bakat macam tu..

Sunday, April 7, 2013

Berlatih Bola Sepak Jalanan atau Street Soccer

   Dah biasa main di padang rumput kini pendedahan permainan bola sepak di atas kawasan rata atau bersimen pulak..Kemahiran bermain di permukaan yang lain perlu dipelajari oleh pemain-pemain ini kerana di masa akan datang pasukan akan menyertai pertandingan futsal  di sekitar johor bahru.

kawalan bola di kawasan rata dan bersimen agak sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi

format permainan 3 vs 3 memerlukan pemain-pemain yang sudah menguasai kemahiran asas seperti mengelecek ,hantaran bola 

asas kepada permainan futsal.

Gol yang kecil jangan disangka mudah untuk anda jaringkan..

Tuesday, February 5, 2013

PJAY3 Juara Kali Ke-3

Keputusan perlawanan Liga Juara Permas 2012

Pjay3 vs skpj2 ( 3-2)

Pjay3 vs skpj1 ( 2-0)

Pjay3 vs Skpj4 ( 4-0)




   Dengan Berakhirnya pusingan ke-3 liga juara permas penentuan juara sudah sah milik PJAY3 FC dengan mengumpul 20 mata. PJAY3 FC telah memenangi Piala Permas untuk kali ke-3 berturut-turut

   Pada edisi kali ini saingan pasukan lain sememangnya sengit dan tidak boleh di pandang rendah akan kemampuan pasukan lain yang turut sama berjuang untuk merebut piala tersebut.jumpa lagi di Liga Juara Permas 2013..

Sunday, January 6, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 ( LATIHAN PERTAMA 2013)

    Selamat tahun baru 2013 . Latihan kali pertama untuk tahun 2013 di jalankan pada hari sabtu bersamaan  5 januari 2013 pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 13 orang pemain sahaja yang menghadirkan diri ketika sesi latihan tersebut.

    Latihan kali yang kedua di adakan pada hari ahad bersamaan tarikh 6 januari 2013 pada jam 8.30 pagi sehingga  11.30 pagi kehadiran seramai 11 orang .Sesi Latihan  waktu petang di adakan pada jam 5.00 petang sehingga 6.30 petang seramai 13 orang pemain menghadirkan diri. 


Saturday, October 13, 2012

GAMBAR PJAY3 FC


SKPJ3 PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN MSSD PASIR GUDANG

    Tanpa di sangka ,tanpa di duga kejayaan tahun lepas rupanya tidaklah sekerat jalan namun masih dikecapi hingga ke tahun 2012 .Walaupun pada permulaan pasukan PJAY3 agak hambar prestasi mereka namun dari situlah mereka terus berusaha dalam mencapai kejayaan.


PJAY3 FC tidak akan mensia-siakan peluang melibatkan diri dalam mana-mana pertandingan bola sepak anjuran PPD ,peringkat zon dan juga kejohanan di luar .

Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah bawah 11 tahun MSSD Pasir Gudang

Peringkat kumpulan 

SKPJ3
SK Seri Kota Puteri
SK Desa Jaya 

Pada peringkat kumpulan PJAY3 FC terpaksa melalui satu perlawanan sahaja dan perlawanan itu menentukan  pasukan mana akan melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Perlawanan pertama sepatutnya pasukan PJAY3 FC akan bertemu dengan pasukan SK Seri Kota Puteri tetapi pasukan tersebut telah menarik diri di saat akhir dan penentuan kelayakkan adalah melalui perlawanan kalah mati antara pasukan PJAY3 dan SK Desa Jaya.

SKPJ3   VS SK DESA JAYA 

SK Desa Jaya ..Belum pernah lagi rasanya pasukan PJAY3 menentang pasukan ini.Jika di lihat dari segi saiz fizikal  memang agak menggerunkan pemain PJAY3 FC sendiri .Pada perlawanan ini prestasi agak hambar seumpama mereka tidak berdaya menahan tekanan dari situasi permainan  dengan keadaan cuaca yang panas .Beberapa pemain agak penat kerana dek cuaca yang sangat panas dan juga jersi yang mereka gunakan adalah berwarna hitam maka bertambahlah kepenatan yang di alami. Gol berjaya di jaringkan oleh pemain tengah Syahirul Fazly  hasil sepakan sudut dari Muhd Azrey .  Keputusan dari perlawanan ini berkesudahan pasukan PJAY3 FC menang dengan jaringan 1 - 0 

Peringkat Suku Akhir

SKPJ3 VS  SK PG4 

SKPG4 memang diakui sebuah pasukan yang hebat di zon Pasir Gudang . Perlawanan pada peringkat suku akhir ini memang sengit.. Kelebihan pasukan lawan adalah pemain sayap mereka yang begitu menekan pertahanan PJAY3 .. sehingga ada beberapa percubaan yang sangat berbahaya. Gol pasukan PJAY3 FC muncul pada minit-minit akhir di mana pertukaran formasi yang mana Ahmad Farhan di tugaskan ke posisi hadapan telah membuahkan hasil dengan jaringannya yang agak mengelirukan penjaga gol pasukan lawan.  Keputusan perlawanan ialah Pjay3 fc berjaya mengalahkan pasukan PG4 dengan jaringan 1- 0 . 

Peringkat Separuh Akhir 

SKPJ3 VS SK Taman Cendana 

Peringkat separuh akhir menemukan PJAY3 FC dengan sebuah pasukan pilihan juara. tahun 2011 PJAY3 FC pernah mengadakan perlawanan dengan pasukan ini dengan  keputusan yang agak mengecewakan di mana tewas 4-0 ketika peringkat kumpulan dan tewas 2-0 pada perlawanan akhir . Pada perlawanan ini ada sedikit kontoversi yang mana pasukan PJAY3 FC telah berjaya menjaringkan gol tetapi pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada PJAY3 FC kerana terkena tangan seorang pemain pertahanan SK Taman Cendana ..jika di rujuk balik sepatutnya advantage kerana bola sudah gol. Pasukan lawan juga banyak kali di hadiahkan sepakan percuma dan kekebalan barisan pertahanan terus menghantui serangan pasukan lawan.jaringan PJay3 Fc di jaringkan oleh fazly  ketika tambahan masa 3 minit golden goal.


Perlawanan Akhir 

SKPJ3 FC  VS SK SG TIRAM 

Dalam sejarah pasukan PJAY3 FC bertemu dengan pasukan ini sebanyak 3 kali . Jaringan awal oleh Ahmad Farhan di minit yang ke-2 seolah-olah menjadi pemangkin semangat kepada rakan sepasukan untuk bermain dengan lebih semangat. Jaringan ke 2 di jaringkan oleh fazly di separuh masa kedua dan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0 .Perlawanan akhir yang sangat sengit kelebihan pasukan PJAY3 FC menguasai bahagian tengah menjadi resepi dalam kemenangan kali ini. 


Kesungguhan kita berlatih tidak kira dalam situasi apa pun telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan teruskan tradisi kekuatan.