Tuesday, January 17, 2012

SKPJ3 FC Cabaran 2012

   Pasukan SKPJ3 FC mengharungi cabaran lagi dalam mengekalkan status sebagai pasukan yang digeruni ( di geruni??... mungkin ya mungkin tidak. Latihan demi latihan di jalankan kebelakangan ini sambil mencari bakat-bakat baru dalam permainan bola sepak. Corak latihan yang perlu dijalani oleh pemain-pemain adalah kemahiran asas seperti hantaran bola,menanduk,sepakan ,mengelecek dan juga permainan satu pasukan. Pasukan SKPJ3 FC 2010 dan 2011 mempunyai ramai pemain yang berbakat dan pada tahun 2011 seramai 5 orang menyertai pasukan zon dan 4 orang menyertai pasukan daerah dan 2 orang terpilih untuk mewakili pasukan negeri bawah 12 tahun. Naik dan turun prestasi pasukan bergantung pada corak latihan dan juga penguasaan kemahiran asas seseorang pemain.Pelbagai kemahiran baru diterapkan dalam latihan dan ada dikalangan pemain yang cepat menguasai kemahiran tersebut ,tapi ada juga pemain yang belum lagi menguasai kemahiran asas seperti sepakan dan juga mengelecek.Pembinaan sebuah pasukan yang mantap adalah penerapan disiplin di kalangan pemain iaitu kehadiran ketika latihan  dan juga fokus dalam menjalani latihan. Bersama-sama mengharungi cabaran 2012.

Friday, January 6, 2012

Latihan Kali Pertama 2012

Latihan Kali ke-1 SKPJ3 FC


Tarikh: 7 Januari 2012
Tempat: Padang SKPJ3
Waktu : 4.00 Petang - 6.30 Petang