Thursday, July 28, 2011

Perancangan Pasukan Untuk Piala Permas 2011

Selamat malam ... baru jer lepas tengok perlawanan bola sepak kelayakan piala dunia 2014 kat kedai mamak ahmad kan.. apa nak buat dah nasib malaysia tak dapat layak ke peringkat kumpulan .Perancangan pasukan SKPJ3 FC selepas Bulan puasa dan raya ni ialah SKPJ3 FC akan memulakan latihan pada bulan september untuk memantapkan lagi pasukan dan meneruskan kecemerlangan dalam sukan bola sepak.. Kejohanan bola sepak bawah 11 tahun berprestij akan tiba iaitu Piala Permas dan pada tahun lepas SKPJ3FC telah berjaya merampas kembali piala tersebut dan pada perlawanan akhir pasukan adik bertemu pasukan abang...iaitu pasukan A bertemu Pasukan B..mungkinkah pada tahun ini peristiwa yang sama akan terjadi ??? kita tunggu dan lihat sahaja nanti.. SKPJ3Fc pada tahun ni akan menghantar sebanyak 3 pasukan iaitu pasukan A ,B dan C .
Beberapa pemain pasukan bawah 12 tahun akan di serap bersama pasukan bawah 11 tahun ini adalah sebahagian peraturan yang di tetapkan.
Senarai pemain bawah 12 yang akan diserapkan untuk pasukan A,B dan C adalah..
1) Syakir alif
2) Nik ahmad rohaizat
3) Mohd Ikhmal
4) Afiq
5) ???..
6) ???..

palyer bawah 12 akan mula berlatih dengan pasukan junior selepas UPSR..

Tuesday, July 19, 2011

Tukar Jersy Pasukan



Sebelum ni pasukan SKPJ3FC menggunakan jersy Chelsea berwarna biru .Pada tahun 2011 SKPJ3FC menukar jersy liverpool berwarna hitam.Namun atas beberapa sebab jersy berwarna hitam tidak akan di gunakan lagi kerana dah banyak kali kalah menggunakan jersy tersebut berbanding jersy berwarna biru . Tak lama lagi SKPJ3FC akan menukar jersy dan perubahan tersebut masih lagi dalam perbincangan.
Berikut ialah beberapa contoh jersy yang akan di pilih..mungkin jersy yang baru ni berwarna merah umpama dendam yang akan terbalas tak lama lagi..

Monday, July 18, 2011

Antara Yang Terbaik

Nama: Mohd Ikmal
Umur : 12 Tahun
Pencapaian: Penjaring terbanyak kejohanan zon johor jaya /Penjaring terbanyak pertandingan antara zon
Pencapaian 2: Wakil Zon Johor Jaya / Wakil Daerah
Asal : Johor

Nama: Nik Ahmad Rohaizat
Umur: 11 Tahun
Pencapaian : Pemain Terbaik Kejohanan Zon Johor Jaya
Pencapaian 2 : Wakil Zon Johor Jaya / Wakil Daerah Pasir Gudang / Wakil Johor
Asal: Kelantan
Nama: Ammar Amirul
Umur: 11 Tahun
Pencapaian: Penjaga Gol Terbaik Kejohanan Bola Sepak antara kelab Permas Jaya
Asal: Kelantan

Saturday, July 16, 2011

Post Mortem SKPJ3 FC

Post Mortem Perlawanan SKPJ3 FC A

Perlawanan pertama bertemu PJ4 ( PJ4 menang 2 -0)

Kelemahan
  • kelemahan paling ketara ialah di bahagian pertahanan dan juga bahagian serangan .Bahagian pertahanan paling ketara ialah di sebelah kanan ,pemain yang bertugas sebagai pertahanan di bahagian kanan terlalu kerap melakukan kesilapan seperti selalu meninggalkan post beliau ,lalai dalam marking pemain pasukan lawan ,kurang serius dan 1 gol pasukan lawan terhasil dari kesilapan pemain pertahanan.
  • Kelemahan di bahagian serangan menyebabkan banyak peluang untuk menjaringkan gol gagal.penyerang dan pemain sayap tidak memainkan peranan masing-masing . dapat dihuraikan kelemahan individu pemain ialah dari segi shooting ,heading,ball control ,dribble.. penyerang tidak mencari dan dapat berfikir dengan bijak dalam mencari ruang untuk melepasi pemain pertahanan pasukan lawan.
  • Pemain tengah pasukan kurang mencorakkan serangan pasukan sendiri tidak berjaya menjadi seorang play maker pasukan.
  • gol pertama pasukan lawan ialah melalui tendangan percuma .Penjaga gol tidak menjaga angle dan menetapkan pemain yang menjadi wall kepada tendangan percuma.gol kedua pasukan lawan ialah kelemahan yang sama iaitu pemain pertahanan meninggalkan post beliau.
sambung lain kali...

GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN KELAB-KELAB SEKITAR PERMAS JAYA


KEPUTUSAN PERLAWANAN SKPJ3 FC
PERLAWANAN 1

SKPJ3 A VS SKPJ4 A ( PJ4 MENANG 2 - 0 )

SKPJ4 B VS SKPJ3 B ( PJ4B MENANG 1 - 0 )

PERLAWANAN 2

SKPJ3 A VS SKPJ2 ( PJ3 MENANG 3 - 0 )

SKPJ3 B VS SKPJ1 ( PJ1 MENANG 1 - 0 )

SKPJ3 A LAYAK KE SEPARUH AKHIR

SEPARUH AKHIR

SKPJ1 VS SKPJ3 ( PJ1 MENANG 1 - 0)

PENENTUAN TEMPAT KE 3 DAN 4

SKPJ3 A VS SKPJ4 B ( PJ3 A MENANG 3 - 0 )

JOHAN: SKPJ4 A
N.JOHAN : SKPJ1
KETIGA: SKPJ3
KEEMPAT : SKPJ4 B


Gambar-gambar sekitar kejohanan berlangsung








Permulaan yang agak mengecewakan untuk pasukan SKPJ3 FC . Banyak yang perlu di baiki oleh pasukan ,latihan demi latihan perlu di jalani .Pemain sudah tentu sedih kerana kekalahan di tangan musuh tradisi mereka . Perlawanan pertama sangat mengecewakan di bahagian pertahanan dan bahagian serangan pulak sangat tumpul .

Thursday, July 14, 2011

Latihan Pusat 3 Hari



Latihan pusat di jalankan selama 3 hari bermula pada hari rabu 13 julai 2011 sehingga 15 julai 2011 pada sebelah pagi pemain akan berjogging dengan jarak 900m dan pada sebelah petang pemain akan jogging dengan jaraklebih kurang 4 kali padang .



Air sponser McD tu....

Larian zig zag..




Penjaga gol utama pasukan B mempunyai pontensi besar untuk pergi lagi jauh.

Penjaga Gol utama pasukan A berbaju merah baru menjalani latihan hari ini.

Goal keeper sedang berlatih..


Wednesday, July 13, 2011

Rombakan Pemain Pasukan A dan B

Akan ada rombakan besar-besaran untuk kedua-dua pasukan A dan B setelah menilai prestasi kumpulan B perlunya beberapa pemain dari kumpulan A di serap masuk ke kumpulan B untuk memantapkan lagi prestasi pemain lain..
Beberapa pemain simpanan dari pasukan A akan di serap masuk ke dalam pasukan B .Ini adalah peluang untuk mereka menunjukkan prestasi sebenar mereka.

Monday, July 11, 2011

Senarai Pemain SKPJ3 FC Untuk Kejohanan Bawah 11

Senarai Nama Pemain yang akan menjalani latihan pusat selama 3 hari untuk kejohanan bawah 11 tahun .Piala Permas Bawah 11.

(Team SKPJ3 FC A)

  1. Mohd Ammar Amirul B Abdul Manan
  2. Muhammad Azmanizar Bin Mohd Nazri
  3. Muhammad Alif Khairuddin Bin Hajni
  4. Muhammad Danial Bin Zulhamidi
  5. Mohd Syazrul Bin Laila
  6. Durani Isa’ad Bin Solehan
  7. Muhd Azrey Bin Muzilan
  8. Muhd Nor Hamizan Bin Ghazali
  9. Muhd Haziq Bin Kamaluddin
  10. Syahirul Fazly Bin Zaini
  11. Ahmad Farhan Bin Mukhallis
  12. Muhd Fathurahman Bin Isnain
  13. Muhd Izzwan Bin Mohd Tahir
  14. Amar Raziq Bin Syaiful Hailmie
  15. Ahmad Hanafi Bin Hassan
  16. Mohd Hood Ahmad Bin Mohd Adam

(Team SKPJ3 FC B)

  1. Sheikh Farhan Bin Sheikh Hafiz
  2. Khairi Haikal Bin Jalil
  3. Mohd Rosham Bin Shaharudin
  4. Mohd Nor Ibrahim Bin Kamarul Zaman
  5. Muhd Mikail Bin Kamarul Zaman
  6. Muhd Hairi Helmi Bin Razak
  7. Muhd Khaidir Bin Muhd Ansari
  8. Muhd Izzat Bin Rosli Nor
  9. Mohd Shahrin Aiman Bin Mohd Anurin
  10. Mohd Haffezie Bin Hanipah
  11. Mohd Amir Hakim Bin Mohd Husni
  12. Mohd Syazwan Bin Samsudin
  13. Mohd Haikal Hafsyam Bin Arba
  14. Hamad Haffizudin Bin Hassan
  15. Mohd Zahari B Zainon


Saturday, July 9, 2011

Latihan Dan Pemilihan Pemain

Tarikh: 9 Julai 2011
Kehadiran Pemain: 36 orang

Latihan pada kali ini adalah yang paling ramai sekali dalam sejarah latihan sebelumnya. Seramai 36 orang pemain menghadirkan diri ada terdiri yang di pilih secara rambang dan mereka yang menawarkan diri untuk berlatih bermain bola sepak. cuma minggu ni ada 2 orang pemain dari tahun satu telah di panggil untuk berlatih kerana mereka ada prospek yang bagus untuk masa hadapan pasukan sekolah. latihan pada hari ini pada mulanya ialah pertandingan antara 2 kumpulan iaitu latihan serangan dan pertahanan 1 lawan 1 dan seterusnya perlawanan dan permainan secara situasi antara pasukan bawah 10 dan bawah 11.

Wednesday, July 6, 2011

Pertandingan Tak Lama Lagi

Tak lama lagi akan diadakan pertandingan bola sepak bawah 11 tahun di SKPJ4 .Jurulatih dan pengurus tengah pening kepala nak hantar 1 team bawah 11 ke atau hantar 2 team bawah 11 dan bawah 10 . Hantar dua team sekaligus pun bagus jugak untuk bawah 10 mereka dah ada pendedahan kepada pertandingan dan perlawanan sebenar.. Bawah 11 pulak tak tau macam mana macam tak berapa yakin . Tahun lepas bawah 10 pasukan SKPJ3 FC dapat tempat ke 2 dan bawah 11 ketika Piala Permas 2010 dapat johan dan pasukan B dapat naib johan ketika peringkat akhir mereka bertembung sesama sendiri.

Sunday, July 3, 2011

LATIHAN BERMULA......

Dah lama pemain-pemain pasukan ni berehat sebab cuti semester dan minggu sukan dan jurulatih yang sibuk dengan hal-hal lain..

2 hari latihan di jalankan iaitu pada petang sabtu dan petang ahad.. pagi ahad tak dapat dijalankan sebab masing-masing perlukan rehat yang cukup..yer la dengan program larian serentak 1 murid 1 sukan..
Pada hari sabtu pemain menjalani latihan hantaran bola dan juga sepakan. Pada hari ahad pula latihan mengelecek ,hantaran ,tendangan luar kotak D dan perlawanan 9 sebelah antara pemain sendiri . Pada minggu ini sudah mola mencongak pemain2x yang akan diserap dalam pasukan utama bawah 11 tahun . Pada 16hb julai pertandingan bola sepak bawah 11 tahun akan berlangsung..