Monday, November 14, 2011

Gambar SKPJ3 FC


Rekod SKPJ3 FC 2011

      Rekod 2011

  • Naib Johan kejohanan bola sepakan zon johor jaya 
  • 5 orang pemain terpilih untuk mewakili pasukan zon johor jaya
  • 4 orang pemain terpilih untuk pasukan daerah pasir gudang 
  • 2 orang pemain terpilih untuk mewakili johor 
  • tempat ketiga pertandingan bola sepak bawah 10 
  • Juara bola sepak 9 sebelah play more learn more pasir gudang 
  • 4 orang pemain terpilih untuk pemilihan terakhir untuk memasuki sebuah kelab bola sepak di pahang .
  • Juara Piala permas 2011 untuk kali yang ke-2 
  • Naib johan pertandingan street soccer 5 on 5 di perling mall.
Ucapan terima kasih kepada ibu-bapa yang sentiasa memberi sokongan untuk pasukan ini...dan jutaan terima kasih kepada bekas-bekas pemain SKPJ3 FC yang akan meninggalkan pasukan dan sekolah ini. Semoga anda semua terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang di hajati .Pesanan untuk bekas pemain jangan lah lupa diri jika anda sudah berada di kemuncaknya nanti...ingat akan pesan guru/jurulatih dna ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita.

Lupakan Kekalahan Mari Makan-Makan

Singgah Makan-makan pengurus belanja...

Antara pemain yang akan menggantikan pemain-pemain senior..

Sunday, November 13, 2011

Perling Mall Street Soccer 5 on 5

     Pada tarikh 12 hb november SKPJ3 FC telah menghantar 2 buah pasukan untuk berentap dengan 32 pasukan dari sekitar johor bahru dalam pertandingan street soccer 5 lawan 5 . Pasukan A telah berjaya melayakkan siri ke suku akhir,separuh akhir dan perlawanan akhir .Perlawanan akhir SKPJ3 FC bertemu sebuah pasukan kelab futsal yang terkenal di johor bahru iaitu Stylo Mylo. Perlawanan akhir yang menemukan SKPj3 FC dan Stylo Mylo fc memang sengit .Pada separuh masa pertama pasukan Stylo Mylo telah mendahului dengan jaringan 1-0 . Separuh masa kedua membuktikan SKPJ3 FC telah bangkit dan bertubi-tubi melancarkan serangan dan akhirnya berjaya mengikat kedudukan 1-1 . Kedua-dua pasukan seri dan sepakan penalti akan menentukan siapa yang juara . Keputusan sepakan penalti juga telah berakhir dengan kedua-kedua pasukan dengan keputusan seri. Balingan syiling telah di lakukan oleh pengadil dan ketua pasukan menentukan memilih untuk membuat sepakan atau bertahan. Pasukan SKPJ3 FC telah memilih untuk bertahan dan pasukan Stylo Mylo memilih untuk membuat sepakan. Sebanyak 2 kali sepakan telah di batalkan kerana penjaga gol SKPJ3 FC telah membuat kesalahan iaitu keluar dari kawasan garisan gol.. tetapi yang menjadi persoalan dan mengundang kontroversi ialah wisel telah di tiup dan pemain pasukan Stylo Mylo tidak membuat sepakan dan membuatkan penjaga gol pasukan SKPJ3 FC keluar dari garisan gol untuk menyelamatkan bola dari bolos..?? memang menjadi persoalan keputusan pengadil . Tetapi SKPJ3 FC menerima keputusan itu dengan tenang dan menganggap sudah nasib begitu.Biarlah semua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya ,walaupun kesemua pemain pasukan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.Pengurus dan jurulatih menasihati kesemua pemain agar tenang dan sentiasa beranggapan " kita tidak Kalah!!!" cuma peraturan pengadil sahaja yang mengalahkan kita. Banyak juga persoalan timbul dalam perlawanan yang melibatkan sebuah pasukan yang agak ternama bertemu dengan sebuah pasukan sekolah..dalam menjaga reputasi mereka sebagai sebuah pasukan kelab yang terkenal bermacam-macam spekulasi akan timbul.

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN....KEPADA KESEMUA PEMAIN PELAPIS,TUNAS SELAMAT BERCUTI DAN SENTIASA BERLATIH DAN BERSIAP-SEDIA UNTUK KEJOHANAN YANG AKAN DATANG...

Thursday, November 10, 2011

MASIH MILIK KAMI

     Kejohanan Bola Sepak antara sekolah zon permas jaya ataupun singkatannya Piala Permas adalah kejohanan tahunan yang menemukan kelab-kelab bola sepak sekolah kawasan permas jaya . Syukur pada tahun ini piala permas masih lagi milik pasukan SKPJ3 FC 


PERINGKAT KUMPULAN 


SKPJ3 FC  VS   SKPJ4 B  ( MENANG 3 - 0


SKPJ3 FC   VS  SKPJ2      ( MENANG 5-0)


SEPARUH AKHIR 


SKPJ3 FC   VS   SKPJ1       (  MENANG 3-0 )


PERLAWANAN AKHIR 


SKPJ3 FC   VS   SKPJ4 B   ( MENANG  6 - 1 )




PERINGKAT KUMPULAN 


SKPJ3 FC B   VS SKPJ4 B   ( KALAH 0 - 5 )


SKPJ3 FC B   VS  SKPJ1      ( SERI 0 - 0 )


SKPJ3 FC B TIDAK LAYAK KE PERINGKAT SETERUSNYA





Wednesday, November 9, 2011

Debaran Piala Permas 2011

  Piala Permas 2011 akan berlangsung esok di padang SKPJ3 debaran makin kuat di rasai oleh pemain dan jurulatih .Adakah piala permas akan kekal di PJ3 ??... Piala yang menjadi rebutan bukan wang ringgit ...semangat untuk mempertahankan akan terus tersemat di dada setiap pemain semoga mereka dapat memberikan komitmen yang baik sekali pada perlawanan esok 10/11/2011 ( khamis) setelah berbulan-bulan menjalankan latihan semoga besok menjadi penentu kepada pasukan SKPJ3 FC melakukan sesuatu yang amat membanggakan .

SKPJ3  FC BOLEH !!!...

Monday, November 7, 2011

Piala Permas 2011 Dan Persediaan Pasukan SKPJ3

Senarai Pasukan Juara Piala Permas 
2008 = SKPJ4
2009 = TIADA PERTANDINGAN
2010=  SKPJ3 A 
2011= ?

    Piala yang menjadi rebutan para pasukan yang bertanding ini diadakan pada  bulan november hampir setiap tahun kecuali pada tahun 2009 .Pasukan SKPj3 memenangi pertandingan tersebut pada tahun 2010 di mana perlawanan akhir menemukan mereka dengan pasukan SKPJ3 B. Pada tahun 2011 ini sebanyak 6 buah pasukan akan bertanding iaitu 
  • SKPJ3 A
  • SKPJ3 B
  • SKPJ4 A
  • SKPJ4 B
  • SKPJ2
  • SKPJ1
Persiapan pasukan SKPj3 buat masa ini agak terganggu dengan cuti perayaan kerana ramai pemain yang pulang ke kampung . latihan pada hari jumaat 4 /11 dan 5/11 pemain bercuti selama 2 hari dan akan menyambung latihan pada hari selasa 8/11 dan latihan terakhir pada 9/11 bersamaan hari rabu dan 10/11 akan berlangsungnya pertandingan yang di tunggu-tunggu oleh setiap pasukan iaitu Piala Permas 2011.

Adakah Piala Permas akan terus kekal di Permas Jaya 3 ??