Saturday, October 13, 2012

GAMBAR PJAY3 FC


SKPJ3 PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN MSSD PASIR GUDANG

    Tanpa di sangka ,tanpa di duga kejayaan tahun lepas rupanya tidaklah sekerat jalan namun masih dikecapi hingga ke tahun 2012 .Walaupun pada permulaan pasukan PJAY3 agak hambar prestasi mereka namun dari situlah mereka terus berusaha dalam mencapai kejayaan.


PJAY3 FC tidak akan mensia-siakan peluang melibatkan diri dalam mana-mana pertandingan bola sepak anjuran PPD ,peringkat zon dan juga kejohanan di luar .

Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah bawah 11 tahun MSSD Pasir Gudang

Peringkat kumpulan 

SKPJ3
SK Seri Kota Puteri
SK Desa Jaya 

Pada peringkat kumpulan PJAY3 FC terpaksa melalui satu perlawanan sahaja dan perlawanan itu menentukan  pasukan mana akan melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Perlawanan pertama sepatutnya pasukan PJAY3 FC akan bertemu dengan pasukan SK Seri Kota Puteri tetapi pasukan tersebut telah menarik diri di saat akhir dan penentuan kelayakkan adalah melalui perlawanan kalah mati antara pasukan PJAY3 dan SK Desa Jaya.

SKPJ3   VS SK DESA JAYA 

SK Desa Jaya ..Belum pernah lagi rasanya pasukan PJAY3 menentang pasukan ini.Jika di lihat dari segi saiz fizikal  memang agak menggerunkan pemain PJAY3 FC sendiri .Pada perlawanan ini prestasi agak hambar seumpama mereka tidak berdaya menahan tekanan dari situasi permainan  dengan keadaan cuaca yang panas .Beberapa pemain agak penat kerana dek cuaca yang sangat panas dan juga jersi yang mereka gunakan adalah berwarna hitam maka bertambahlah kepenatan yang di alami. Gol berjaya di jaringkan oleh pemain tengah Syahirul Fazly  hasil sepakan sudut dari Muhd Azrey .  Keputusan dari perlawanan ini berkesudahan pasukan PJAY3 FC menang dengan jaringan 1 - 0 

Peringkat Suku Akhir

SKPJ3 VS  SK PG4 

SKPG4 memang diakui sebuah pasukan yang hebat di zon Pasir Gudang . Perlawanan pada peringkat suku akhir ini memang sengit.. Kelebihan pasukan lawan adalah pemain sayap mereka yang begitu menekan pertahanan PJAY3 .. sehingga ada beberapa percubaan yang sangat berbahaya. Gol pasukan PJAY3 FC muncul pada minit-minit akhir di mana pertukaran formasi yang mana Ahmad Farhan di tugaskan ke posisi hadapan telah membuahkan hasil dengan jaringannya yang agak mengelirukan penjaga gol pasukan lawan.  Keputusan perlawanan ialah Pjay3 fc berjaya mengalahkan pasukan PG4 dengan jaringan 1- 0 . 

Peringkat Separuh Akhir 

SKPJ3 VS SK Taman Cendana 

Peringkat separuh akhir menemukan PJAY3 FC dengan sebuah pasukan pilihan juara. tahun 2011 PJAY3 FC pernah mengadakan perlawanan dengan pasukan ini dengan  keputusan yang agak mengecewakan di mana tewas 4-0 ketika peringkat kumpulan dan tewas 2-0 pada perlawanan akhir . Pada perlawanan ini ada sedikit kontoversi yang mana pasukan PJAY3 FC telah berjaya menjaringkan gol tetapi pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada PJAY3 FC kerana terkena tangan seorang pemain pertahanan SK Taman Cendana ..jika di rujuk balik sepatutnya advantage kerana bola sudah gol. Pasukan lawan juga banyak kali di hadiahkan sepakan percuma dan kekebalan barisan pertahanan terus menghantui serangan pasukan lawan.jaringan PJay3 Fc di jaringkan oleh fazly  ketika tambahan masa 3 minit golden goal.


Perlawanan Akhir 

SKPJ3 FC  VS SK SG TIRAM 

Dalam sejarah pasukan PJAY3 FC bertemu dengan pasukan ini sebanyak 3 kali . Jaringan awal oleh Ahmad Farhan di minit yang ke-2 seolah-olah menjadi pemangkin semangat kepada rakan sepasukan untuk bermain dengan lebih semangat. Jaringan ke 2 di jaringkan oleh fazly di separuh masa kedua dan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0 .Perlawanan akhir yang sangat sengit kelebihan pasukan PJAY3 FC menguasai bahagian tengah menjadi resepi dalam kemenangan kali ini. 


Kesungguhan kita berlatih tidak kira dalam situasi apa pun telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan teruskan tradisi kekuatan.






Monday, July 16, 2012

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Zon Johor Jaya

Skuad Bawah 11 Tahun

Di Undi Dalam kumpulan A cabaran pasukan Pjay3 fc bermula pada perlawanan pembukaan kejohanan.


Peringkat Kumpulan 


Pjay3 fc  vs  SKPJ4   ( Pjay3 menang 4-0)


Pjay3 fc  vs  SKJJ5  ( Pjay3 menang 2-0)


Pjay3 fc  vs  SKTD2  ( Pjay3 menang 1-0)


Peringkat Separuh Akhir


Pjay3 fc  vs  SKPJ2  ( Pjay3 menang 3-1)


Perlawanan Akhir 


Pjay3 fc  vs  SKTM ( Pjay3 tewas 0-1) 


Statistik Pasukan


Jaringan = 10 gol
Bolos    =  2 gol
Kesalahan dalam padang sepanjang perlawanan =  6 kali


Kalah tipis dengan pasukan yang pernah menewaskan pasukan pjay3 fc  bawah 12 pada tahun 2011 di perlawanan akhir dengan keputusan penalti.

Friday, July 6, 2012

perlawanan persahabatan

jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pjay3 fc

Pjay3  fc  vs  pj4 ( pjay3  menang 5-2)

perlawanan akan datang

pjay3   vs pj2

pjay3   vs  pj4


Saturday, June 23, 2012

Perlawanan Persahabatan

 Perlawanan persahabatan sangat penting untuk sesebuah pasukan .Ini kerana melalui persahabatan dapat menilai kemampuan sebenar sesebuah pasukan .adakah latihan yang di berikan di praktikkan di dalam perlawanan. Menguji kemampuan pemain dari segi kemahiran dan juga psikologi mereka ketika bermain samada mereka betul-betul bersedia  untuk perlawanan  ketika pertandingan sebenar. Pjay3 fc sudah melalui dua perlawanan persahabatan yang membuahkan keputusan yang memberangsangkan.




Perlawanan persahabatan bersama murid tahun 6 


Perlawanan Persahabatan 

Pjay3 FC  vs  TH6 
   6           -      0

Pjay3 FC  vs  PJ4 
       5                 -       2 

Perlawanan persahabatan yang pertama diadakan pada 17 hb june 2012 yang berlangsung di padang keramat PJay3 FC  pertemuan dengan bekas-bekas   pemain pjay3 fc  iaitu di kalangan murid tahun 6 berkesudahan dengan pjay3 fc menang dengan jaringan yang besar iaitu 6 -  0 .Kemenangan dengan jumlah jaringan yang banyak tidak memberikan impak yang besar jika persembahan hambar pasukan... terutamanya di barisan hadapan pasukan. Ada beberapa pemain yang masih belum menguasai peranan sebenar posisi mereka... dan juga kurangnya  semangat berpasukan di tunjukkan.

Perlawanan persahabatan yang kedua menyaksikan mereka bertemu dengan pasukan jiran dan juga pasukan musuh ketat Pja3 fc iaitu PJ4 .Ramai diantara pemain memperkatakan mengenai kemasukan seorang pemain yang mereka geruni . Tetapi perkara itu tidak melemahkan semangat para pemain. Dari segi corak permainan pjay3 fc kali ini agak teratur terutama sekali di bahagian serangan,cuma pemain sayap sebelah kiri agak merudum cara permainannya. Ketiadaan seorang pemain pertahanan yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu agak mencacatkan pertahanan pasukan.Kemasukan seorang pemain baru di lihat satu impak yang besar . kemenangan 5-2 agak berbaloi kerana pertemuan sebelum ini sekadar seri .

Saturday, May 12, 2012

Gambar Training PJAY3 FC


    Pada minggu ni tiga kali latihan di jalankan iaitu bermula pada petang jumaat ,petang sabtu dan pagi ahad manakala latihan pada petang ahad di batalkan kerana merehatkan pemain-pemain yang akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada hari selasa depan. Latihan pada pagi ahad akan diadakan ujian kecergasan dan juga ujian kemahiran kepada semua pemain. Ujian kemahiran diperkenalkan untuk menilai tahap kemahiran yang diperolehi dari setiap latihan yang diadakan 


Wednesday, May 9, 2012

PJAY 3 FUTSAL TEAM

  Kejayaan pertama pasukan SKPJ3 FC pada tahun 2012 adalah menjadi naib johan dan tempat ketiga  pada kejohanan futsal di Danga Futsal Centre. 2 pasukan telah di hantar untuk menyertai kejohanan futsal untuk pertama kalinya bagi tahun 2012. 

Pasukan SKPJ3 FC A 

Pasukan SKPJ3 FC B 


Keputusan Perlawanan SKPJ3 FC A  Menang ( 3-0 )SKPJ3 FC B  Menang  ( 3-1) SKPJ3 FC A telah layak ke peringkat suku akhir..SKPJ3 FC B  Tewas    (0-1) SKPJ3 FC B juga telah layak ke peringkat suku akhir.
Peringkat Suku AkhirSKPJ3 FC A  Menang ( 5-0) SKPJ3 FC B  Menang ( 1-0)
Terdapat insiden yang mencacatkan perjalanan kejohanan futsal kali ini iaitu satu pasukan telah memprotes kerana ada pasukan yang telah meletakkan pemain yang lebih umur.
Rombakan semula pasukan SKPJ3 FC A dan B.Perlawanan separuh akhir yang sepatutnya menemukan pasukan SKPJ3 FC A dan B telah di ubah oleh kerana protes yang menjadikan 2 buah pasukan telah di gugurkan dari kejohanan. 
Penentuan tempat ketiga dan keempat.SKPJ3 FC B Menang ( 4-1)
Separuh Akhir 
SKPJ3 FC A Menang ( 3-1)

Perlawanan Akhir SKPJ3 FC A Tewas ( 4 - 1 ) 


Di masa akan datang SKPJ3 FC akan menyertai sebarang kejohanan futsal...dan akan menggunakan nama PJAY3 Futsal Clubs 









Sunday, April 29, 2012

Jersy Training SKPJ3 2012



Aktiviti SKPJ3 FC

         Aktiviti SKPJ3 FC
  • Latihan untuk memantapkan pasukan bawah 11 dan bawah 10.
  • Mencungkil bakat pemain-pemain baru 
  • Latihan pasukan futsal bawah 10 dan bawah 11
  • Akan memperkenalkan sistem ujian kemahiran kepada setiap pemain.
  • Akan memperkenalkan jersy latihan yang baru masih dalam peringkat rekaan.

SKPJ3 FC ....Perjuangan

Latihan Sepakan
Latihan demi latihan dijalankan 
Bola baru wooo  Umbro dengan Nike

Saturday, April 21, 2012

LIGA JUARA PERMAS SCOREBOARD PJ3 FC STILL ON THE TOP LEAGUE

CARTA LIGA JUARA PERMAS SETELAH TAMAT PUSINGAN PERTAMA

CARTA LIGA JUARA PERMAS SETELAH TAMATNYA PUSINGAN KEDUA.




Thursday, April 19, 2012

Jersy Oh Jersy

Tahun ni tak buat jersy baru.... tapi dah design beberapa contoh jersy....tunggu LULUS jerr...kalau LULUS on jer la...



Ini baru contoh sahaja ....

LIGA JUARA PERMAS

KEPUTUSAN LIGA JUARA PERMAS PUSINGAN 2 


SKPJ3  FC   VS    PJ1 SC 
      4                -           0
SKPJ3 FC   VS    PJ2  FC 
       1               -           2 
SKPJ3  FC   VS   PJ4  FC 
        0              -            0

SKPJ3 FC masih lagi mengungguli carta liga dengan mengumpul 10 mata dalam 6 perlawanan.Pada pusingan kali ini skpj3 telah mengalami kekalahan pertama dalam perlawanan liga dengan tewas kepada pasukan PJ2 FC dengan jaringan 1-2 ...Pusingan ke-3 pada bulan julai nanti....sama-sama kita nantikan...

Tuesday, April 3, 2012

Tidak Seperti Dulu

Keputusan Perlawanan 

Sk Permas Jaya 3 VS Sk Taman Daya 2 (B)
1 1

SK Permas Jaya 3 VS SK Permas Jaya 5 
0 1

Menang= 0
Kalah = 1
Seri = 1
Jaringan= 1
Bolos = 1

Penjaring
Muhd Azrey @ Ujang

Ulasan Perlawanan 1

Perlawanan pertama bermula agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling menyerang dan bertahan. Pada minit ke 7 separuh masa pertama SKPJ3 berjaya menjaringkan gol jarak jauh,gol dijaringkan oleh pemain tengah iaitu Muhd Azrey ..selang 1 minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat kelalaian pertahanan di hukum di mana Taman Daya berjaya menjaringkan gol penyamaan. Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertahan dan menyerang.

Ulasan Perlawanan 2

Pada perlawanan kedua dapat dilihat kesungguhan dan juga semangat untuk menang... pasukan SKPJ3 sudah luntur dan sering melakukan kesilapan yang mudah iaitu hantaran dan juga menerima bola .berbanding dengan pasukan lawan iaitu SKPJ5 walau difahamkan baru saja berlatih selama 3 -2 hari tetapi pasukan mereka berjaya menampilkan permainan yang bersemangat walau dari segi asas mereka ada sedikit kekurangan ... Gol pasukan SKPJ5 adalah dari kesilapan penjaga gol SKPJ3 ..bola yang mudah di tangkap tetapi tertampan pada tangan sendiri dan menghasilkan jaringan untuk pasukan SKPJ5 .

Dapat disimpulkan disini

- Kerana disiplin dan semangatlah sesebuah pasukan itu boleh berjaya.. kecewa tetap ada.. Teruskan berlatih kerana kita ada 1 lagi kejohanan yang perlu dipertahankan.. Liga Juara Permas untuk dipertahankan....

Friday, March 9, 2012

Saingan Zon Johor Jaya

    Cabaran 2012 SKPJ3 FC telah mengharungi laluan yang sukar ketika dahulu dalam menjadi sebuah pasukan yang di segani.  Pada tahun 2012 ini sekali lagi membawa cabaran samada mampu memberi cabaran kepada pasukan lain . Kejohanan Bola Sepak zon Johor Jaya menjadi penentu kepada pasukan SKPJ3 FC adakah mampu memberi cabaran kepada pasukan lain. Undian pasukan SKPJ3 FC bersama 2 buah pasukan yang tidak diketahui kemampuan mereka masih lagi menjadi teka-teki.

       KUMPULAN B
  • SK Permas Jaya 3 
  • SK Taman Daya 2 ( B )
  • SK Kangkar Tebrau
  • SK Permas Jaya 5 

Tuesday, January 17, 2012

SKPJ3 FC Cabaran 2012

   Pasukan SKPJ3 FC mengharungi cabaran lagi dalam mengekalkan status sebagai pasukan yang digeruni ( di geruni??... mungkin ya mungkin tidak. Latihan demi latihan di jalankan kebelakangan ini sambil mencari bakat-bakat baru dalam permainan bola sepak. Corak latihan yang perlu dijalani oleh pemain-pemain adalah kemahiran asas seperti hantaran bola,menanduk,sepakan ,mengelecek dan juga permainan satu pasukan. Pasukan SKPJ3 FC 2010 dan 2011 mempunyai ramai pemain yang berbakat dan pada tahun 2011 seramai 5 orang menyertai pasukan zon dan 4 orang menyertai pasukan daerah dan 2 orang terpilih untuk mewakili pasukan negeri bawah 12 tahun. Naik dan turun prestasi pasukan bergantung pada corak latihan dan juga penguasaan kemahiran asas seseorang pemain.Pelbagai kemahiran baru diterapkan dalam latihan dan ada dikalangan pemain yang cepat menguasai kemahiran tersebut ,tapi ada juga pemain yang belum lagi menguasai kemahiran asas seperti sepakan dan juga mengelecek.Pembinaan sebuah pasukan yang mantap adalah penerapan disiplin di kalangan pemain iaitu kehadiran ketika latihan  dan juga fokus dalam menjalani latihan. Bersama-sama mengharungi cabaran 2012.

Friday, January 6, 2012

Latihan Kali Pertama 2012

Latihan Kali ke-1 SKPJ3 FC


Tarikh: 7 Januari 2012
Tempat: Padang SKPJ3
Waktu : 4.00 Petang - 6.30 Petang