Thursday, October 13, 2011

Jadual Latihan Minggu Ini

Hari: Sabtu 
Tarikh: 15 Oktober 2011 
Masa : 4.45 petang sehingga 6.30 petang 
Tempat: Padang SKPJ3 


Dribble/ running with ball/ 


( Latihan Pusat) 
Hari: Ahad 
Tarikh: 16 Oktober 2011
Masa : 8.45 pagi sehingga12.00 tengahari  / 4.00 sehingga  6.30 petang 
Tempat:  Padang SKPJ3 


# Untuk sesi latihan pada hari Ahad .Sila bawa pakaian ganti kerana latihan akan teruskan  sehingga petang.

Pengumuman 2

Perlawanan Persahabatan pada hari Ahad ini di batalkan 
Harap Maklum...

Wednesday, October 12, 2011

Laporan Camp Play More Learn More Milo Pasir Gudang


Pelajari teknik asas

Oleh Md Badlishah Md Ali
badlishah@hmetro.com.my
 Cetak Artikel Tanda Artikel  Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LEBIH 400 kanak-kanak mengambil peluang keemasan dengan menyertai program ‘Play More Learn More’ (PMLM) anjuran Nestle Product Sdn Bhd yang berlangsung di Padang Bola Sepak Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.
Program PMLM memberi peluang peserta mempelajari teknik asas bermain bola sepak, bola jaring dan bola keranjang yang mendapat tunjuk ajar jurulatih pakar sukan tersebut. Pertandingan turut dilangsungkan sebaik selesai klinik sukan.

Setiausaha Sulit Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Rohazam Shah Ahmad turut hadir dan seterusnya merasmikan program itu.

PMLM berjalan lancar di bawah kendalian KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 Pasir Gudang yang dipantau pengerusinya Sabran Awang dan Redhuan Zulkipli.

Acara bola jaring diungguli Sekolah Kebangsaan Majidi Baru selepas menewaskan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3 dengan 4-2 manakala Bola Keranjang Perempuan dikuasai Nam Heng D yang menewaskan Nam Heng B 6-3. Bola Keranjang Lelaki dimenangi Chuan Chen A yang membenam Chuan Chen E 15-8. Bola Sepak 9 Sebelah, Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 3 FC mengalahkan Dataran Mawar Kids 2-0.

Pengurus Pemasaran Sukan Nestle, Ng Ping Loong yang hadir di Kem Milo ini berkata: “Kem Play More, Learn More adalah inisiatif kami dalam usaha menyemai nilai-nilai murni dan positif dalam diri kakak-kanak.” Kem PMLM seterusnya akan berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih, Terengganu, esok.

Sumber : Harian Metro 

PERHATIAN

Perlawanan Persahabatan

Tarikh: 16/10/2011  Ahad
Waktu: 5.00 Petang

SKPJ3 FC    vs   SKPJ4 

Sunday, October 9, 2011

CAMP PLAY MORE LEARN MORE MILO

SKPJ3 FC telah berjaya menjuarai pertandingan bola sepak Play More Learn More anjuran MILO 

Keputusan 
Perlawanan 9 sebelah 
Format Pertandingan Kalah Mati 

Pusingan 1

SKPJ3 FC    VS    SK CAHAYA BARU
      3                           0

SKPJ3 FC    VS    SK DESA JAYA 
      2                          0

SKPJ3 FC    VS    SK PASIR GUDANG 4
      1                            0

SEPARUH AKHIR 

SKPJ3 FC    VS    PANDAN
      1                       0

PERLAWANAN AKHIR 

SKPJ3 FC    VS   DATARAN MAWAR KID's FC
      2                         0




Sudah nasib menyebelahi SKPJ3 FC pada mulanya hasrat untuk memasuki pertandingan ini hanyalah untuk suka-suka dan setakat cakap kosong di tangga padang sekolah. Sudah tersurat dan tertulis dalam kisah hidup perjalanan manusia-manusia yang terlibat secara langsung dalam pasukan SKPJ3 FC menjuarai pertandingan tersebut.Pada mulanya menganggap SKPJ3 FC ialah pasukan sayur pada kejohanan tersebut ataupun hanya boleh bertahan pada perlawanan ketiga atau keempat ...tapi rezeki memihak kepada kami kerana telah muncul juara Pada pertandingan tersebut .

Friday, October 7, 2011

Berentap Lagi AHAD ini..



    Pada hari Ahad ni SKPJ3 FC akan berentap lagi . Kem Sukan Milo yang akan diadakan di Pasir Gudang pada hari ahad ini akan menjadi medan pertempuran mereka buat kali yang pertama di luar Permas Jaya. Minggu ini minggu latihan .Cuma 2 kali sahaja latihan dapat di jalankan kerana hujan lebat setiap petang. Pemain bawah 12 / 2011 telah di panggil semula untuk latihan.Berikut adalah nama pemain yang akan menyertai Kem Sukan Milo pada hari ahad ini .

  1. Syakir
  2. Nik Ahmad Rohaizat
  3. Muhd Hakim
  4. Haziq Idris
  5. Afiq
  6. Ikhmal
  7. Fathurrahman
  8. Shahirul Fazly
  9. Mohd Azrey
  10. Hafizie
  11. Mohd Syahmie