Saturday, April 30, 2011

LIGA 4 SEBELAH ( GAMBAR)

LIGA 4 SEBELAH PJ3 JUNIOR PERLAWANAN PERTAMA

CLICK UTK MEMBESOR
Perlawanan liga 4 sebelah diadakan lebih awal sehari kerana keterujaan pemain-pemain berentap dengan pasukan lain. Perlawanan pertama di mulakan dengan pasukan Predito bertemu pasukan TX-4 di mana kedua-dua pasukan bermain begitu hambar dan berkesudahan seri tanpa jaringan. Perlawanan kedua pula adalah yang tidak di sangka-sangka di mana pasukan All4 berjaya menewaskan pasukan pilihan untuk menang iaitu Adizero dengan kemenangan 3-2 ,pada babak pertama pasukan Adizero bermain dengan begitu hambar sekali .Banyak kali pasukan Adizero melanggar peraturan kerana mereka menukar penjaga gol dengan sesuka hati .Pasukan The 4 lions terus mengaum dan membaham mangsa mereka yang pertama dengan mengalahkan pasukan The Copa dengan jaringan terbanyak setakat ini dengan jaringan 7-1 . Perlawanan terakhir untuk pusingan pertama ini di sudahi dengan kemenangan pasukan Tiempo mengalahkan pasukan Mercurial dengan jaringan 4-0.Besok akan bermula pula saingan pusingan kedua.....

Wednesday, April 27, 2011

CARTA LIGA 4 SEBELAH

PERSAINGAN AKAN BERMULA AHAD INI
SETIAP SABTU PETANG SEMUA PEMAIN AKAN MENJALANI LATIHAN SEPERTI BIASA
PAGI AHAD LATIHAN SEPERTI BIASA
PETANG AHAD BERMULA LAH AKSI SEBENAR MEREKA


PUSINGAN PERTAMA

ADIZERO VS TIEMPO


PREDITO VS MERCURIAL


ALL4 VS TX-4


THE COPA VS THE 4 LIONS

LIGA 4 SEBELAH SKPJ3 JUNIOR PART 2

PASUKAN YANG TERLIBAT DALAM LIGA 4 SEBELAH SKPJ3 JUNIOR


TIEMPO

TX-4

THE 4 LIONS

PREDITO

MERCURIAL

ALL-4
ADI ZERO

THE COPA

Sunday, April 24, 2011

Liga 4 sebelah SKPJ3 Junior

Program yang di jalankan untuk memantapkan skill permainan pemain SKPJ3 Junior
Pasukan yang terlibat dalam Liga 4 sebelah

1. Superstar
2. Dummy
3. Harimau Bintang
4. Singa Muda
5. slumber crew
6. Adi Zero
7. Tengkorok Mu







Saturday, April 23, 2011

Gambar Latihan SKPJ3 Junior


Latihan Hari Ke - 7 ( SKPJ3 Junior)

Tarikh: 23/04/2011
Waktu :5.00 petang hingga 6.30 petang
Kehadiran: 33 orang pemain
Jurulatih : C Wira/ C Moin / C Cik din/ syakir/afiq assistant coach

Cuaca agak mendung kerana 3 jam sebelum tu hujan agak lebat sehingga padang di takungi air. Was-was jurulatih nak buat latihan sebab awan hitam yang langsung tak bergerak mcm nak mencurahkan air yang di kandunginya.. tapi bendo nipih sajo!!!. dapat jugak buat latihan .Mcm2x jenis latihan di jalani oleh pemain-pemain hantaran bola dan menendang bola...

KASUT BUDAK BOLA



DARI MAHAL KE MURAH... ADA YANG MEMENTINGKAN KESELESAAN DAN GAYA
YANG NI KASUT COACH.. : p

Monday, April 18, 2011

Tarikh: 18/04/2011
Waktu :5.00 petang hingga 6.30 petang
Kehadiran: 33 orang pemain
Jurulatih : C Wira/ C Moin GK coach dan beberapa orang pemain bawah 12 jadi assistant coach.

Latihan pada petang isnin diadakan kerana sekolah agama cuti dapatlah budak2x darjah 2,3,4,5,6 ni release tension sikit ..ramai yang datang pada sebelah petang jadi caca marba aku tengok padang nak kontrol punnyer lah payah. di mukana dengan jogging ,kene 5 round separuh padang dah ada yang tercungap dan hanya berjalan kene gertak sikit dah laju balik . Paling aku hangin satu badan ada yang tak serius ketika berlatih terutamanya ketika latihan gerakan asas permainan ade yang berlumba2x ,ada yang ketawa melihat rakan2x mereka yang terjatuh dan tak reti nak buat... hangin betul yang tak serius nak buat training nak jer rase rembat bola kene muka dorang...fikir2x balik takpe buat la lagi nnt aku reject terus...

Saturday, April 16, 2011

Latihan Hari ke - 6 ( PJ3 JUNIOR)



Tarikh: 17/04/2011
Waktu : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Kehadiran: 21 orang pemain
Jurulatih : C Wira

Latihan hari ke-6 PJ3 Junior . Di jadualkan pada jam 8.30 namun terpaksa menunggu pemain-pemain yang lain datang dan dimulakan latihan pada jam 9.00 pagi di mulakan dengan jogging dan regangan otot dan seterusnya dengan latihan kawalan bola ,bola sorang sebiji kawalan bola dengan kaki . tak banyak skill yang di ajarkan sebab nak habiskan dalam pukul 11. rehat sekejap dalam pukul 10.00 hingga 10.15 sambung balik utk mini game pulak dengan pasukan kuning berjaya mengalahkan pasukan hijau dengan jaringan 7 - 3. Petang ni sambung lagi..



Latihan Hari Ke - 5 ( SKPJ3 FC JUNIOR)

Tarikh : 16/04/2011
Waktu : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Kehadiran: 21 orang
Jurulatih yang terlibat : 1) C Wira / C Helmy /C Yazid /C Azam / C Faiz /

Latihan hari ke-5 diselubungi oleh cuaca yang agak mendung .di jangka akan hujan namun tekaan dan jangkaan tersebut meleset. Pada mulanya kehadiran agak mengecewakan cuma dalam 10 orang sahaja yang hadir awal. Bola dah pam ,marker dah letak pada tempat yang patut di letak pemain sudah bersedia utk warm up . Jogging dulu ,tapi tengah jogging ada yang terkedek2x baru nak datang ikutkan hati nak denda jerr tp pikir balik arghhh biar la mungkin mereka ada alasan sendiri pasal kelewatan mereka itu..sesudah jogging latihan fitness menyusul tercungap-cungap la jugak bagi budak2x yang tak biasa , habis fitness terus la kepada hantaran bola dan tandukan dan yang terakhir layan mini game...layan jerr besok training lagi tapi pada waktu pagi besok baru ada gambar hari ni takde gambar

Thursday, April 14, 2011

Cabaran dan Dugaan Seorang Jurulatih


Cabaran dan dugaan seorang jurulatih
  • melatih pemain yang mempunyai skill bola sepak yang boleh di anggap tau sepak jer..
  • disiplin pemain
  • support dari ibu bapa /penjaga
  • kewangan ( penting sebenarnya) pengangkutan jika ada perlawanan persahabatan dan hal-hal lain.
  • komitmen pemain ,jurulatih dan pengurusan yang lain.
  • kecederaan pemain ( terutamanya pemain utama)
  • jika pasukan kalah ?? maunya tebal muka..
  • bergelinang air mata pemain jika kalah di peringkat final ( sapa2x pun akan tersentuh hati)
  • mencari bakat-bakat baru...
  • harapan yang tinggi peringkat pengurusan terhadap sesuatu kejohanan mesti JUARA!!!...

Monday, April 11, 2011

Latihan Asas 1



Gambarajah di bawah adalah beberapa jenis latihan asas untuk pemain baru. Latihan pertama mereka adalah untuk melatih mereka asas pergerakan badan ketika bermain nanti tak la kelihatan mcm kayu hanyut di tengah sungai

Latihan 1
- Latihan larian ulang alik menyentuh kon .Fungsi latihan ini adalah untuk melatih para pemain mengawal pergerakan badan mereka ketika berlari dan berhenti di kon yang di sediakan.

Latihan 2
- 3 kon disediakan dalam keadaan selari . Setiap pemain akan berlari menyentuh kon yang kedua dan kembali menyentuh kon pertama dan larian terus ke kon yang ke 3 kembali menyentuh kon yang ke 2 dan kembali ke kon yang pertama ( faham tak?? heheh)

Latihan 3
- latihan ini ialah asas kepada latihan mengelecek. Latihan ini melatih kaki pemain menjadi kuat dengan pergerakan kaki dengan langkah yang kecil dan mengawal badan . pada permulaan ramai yang tak tau akan pergerakan ini terutamanya kanak-kanak.

Disiplin amat penting dalam membentuk individu dan pasukan yang berjaya begitu juga dengan kesungguhan mereka untuk berjaya dalam sukan yang mereka gemari.

Kelengkapan Penting Bagi Seorang Pemain



Kelengkapan penting bagi seorang pemain bola sepak
Baju yang sesuai untuk bermain bola sepak...baru lah nampak mcm ahli sukan... jangan pakai baju yang tulisan ntah ape2x..yang tak melambangkan anda itu seorang pemain bola sepak walaupun anda hanyalah seorang pemain peringkat sekolah atau taman..

Seluar yang sesuai untuk bermain bola sepak.

Tolong la jangan pakai seluar nak ke pantai ni mase nak main bola... Saya sendiri pernah menghalau seorang pemain balik rumah ganti seluar gara-gara memakai seluar ke pantai ni...sakit mata tengok !!!..
Sangat penting sekali sebagai pelindungan kepada tulang kering kaki pemain. Latihan pun saya tetap akan suruh pemain saya pakai ,kerana kecederaan akan terjadi jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati
Stokin panjang sangat penting untuk mengelakkan kaki daripada calar balar di samping menampakkan kekemasan bagi seseorang pemain.
Kasut dicipta untuk melindungi kaki daripada tercedera terutamanya tapak kaki,sebab itulah pentingnya kasut dalam apa jua aktiviti. Dalam permainan bola sepak kasut merupakan aset penting . Pemerhatian saya jenama yang paling popular sekali bagi pemain di bawah 12 tahun ialah jenama Nike .rata-rata saya lihat ramai pemain yang menggunakan kasut nike. Adakah jenama yang dipilih dari segi keselesaan atau sekadar gaya ataupun terikut2x jenama kasut yang dipakai oleh idola mereka. Saya sediri tidak pernah memakai kasut jenama tersebut dan lebih selesa dengan adidas keselesaan atau gaya??... tidak juga ...kerana dah lama pakai adidas sebelum itu pernah menggunakan kasut jenama umbro. Sekurang-kurangnya seorang pemain ada 2 pasang kasut.

Sunday, April 10, 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA ZON PASIR GUDANG

Johan Bola Sepak Antara Zon PG 2011
( Zon Johor Jaya )

Selesai sudah kejohanan bola sepak antara zon pasir gudang yang berlangsung di padang SKPJ3 .Setiap pasukan sudah berusaha gigih untuk mendapatkan kejayaan . Pasukan zon yang berjaya tahniah di ucapkan yang tidak berjaya cuba lagi di masa depan. 22 orang pemain berentap dan mempamerkan aksi yang terbaik untuk pasukan,ibu bapa hadir memberi sokongan moral sehinggakan ada yang sampai hilang suara sebab menjerit . Seramai 5 orang pemain dari SKPJ3 Fc telah dipilih untuk mewakili zon johor jaya.

Keputusan Perlawanan Hari ke-2

Zon Johor Jaya vs Zon Tiram ( Zon Johor Jaya menang 3 - 1 )

Zon Pasir Putih vs Zon Rinting ( Zon Pasir Putih Menang 6 - 0)

Keputusan Penuh

1. Zon Johor Jaya
2. Zon Pasir Putih
3. Zon Tiram
4. Zon Rinting

Penjaga Gol Terbaik ( Zon Johor Jaya )
Penjaring Terbanyak ( Zon Johor Jaya ) Muhd Ikhmal dari SKPJ3 FC

2 orang pemain dari SKPJ3 Fc telah terpilih untuk mewakili pasukan daerah pasir gudang bawah 12 yang di jangka akan diadakan pada bulan mei bertempat di Mersing .hingga bertemu lagi pada tahun depan.......

Majulah Sukan Untuk Negara..........

Saturday, April 9, 2011

Design T-Shirt


KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA ZON PASIR GUDANG


Kejohanan bola sepak antara zon Pasir gudang telah berlangsung di padang sekolah SKPJ3. 4 zon menyertai kejohanan ini iaitu zon pasir putih,zon rinting,zon johor jaya dan zon tiram. Setiap pasukan zon akan menempuhi perlawanan sebanyak tiga kali kejohanan kali ini diadakan secara liga yang mana pasukan yang menduduki tangga teratas akan dinobatkan sebagai juara kejohanan. Pemain SKPJ3 FC yang terpilih untuk menyertai Pasukan Zon Johor Jaya .

Keputusan Perlawanan

Perlawanan 1

Zon Johor Jaya vs Zon Rinting ( Zon Johor Jaya menang 3 - 0 )

Perlawanan 2

Zon Pasir Putih vs Zon Tiram ( Zon Pasir putih menang 3 - 0 )

Pusingan Kedua

Perlawanan 3

Zon Tiram vs Zon Rinting ( Zon Tiram Menang 3 - 0 )

Zon Pasir Putih Vs Zon Johor Jaya ( Zon Johor Jaya menang 2 - 1 )

Perlawanan 4 ( Esok)

Zon Pasir Putih vs Zon Rinting

Zon johor Jaya vs Zon Tiram

Kedudukan Terkini

1. Zon Johor Jaya = 6 Mata / 5 Gol / 1 Bolos
2. Zon Pasir Putih = 3 Mata / 4 Gol / 2 Bolos
3. Zon Tiram = 3 Mata / 3 Gol / 3 Bolos
4. Zon Zon Rinting = 0 Mata / 0 Gol / 6 Bolos

Tunggu sahaja keputusan untuk hari esok... Selamat Malam

Wednesday, April 6, 2011

Program Tunas Bola Sepak SKPJ3 FC ( PJ3 FOOTBALL ACADEMY)


Program Tunas Bola sepak SKPJ3 FC telah di jalankan pada bulan februari . Pasukan tunas akan menjalani latihan setiap hari sabtu dan ahad jam 5.00 petang hingga 6.30 petang .Seramai 30 orang pemain di pilih untuk menjalani program tunas bola sepak .

Pada peringkat tunas kemahiran asas yang banyak di pelajari oleh peserta program ini .


Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat pemain dan pasukan bola sepak sekolah akan terus di huni oleh pemain yang hebat-hebat

Sunday, April 3, 2011

Latihan Pasukan Bola Sepak


Latihan amat penting dalam memantapkan sebuah pasukan. Melalui latihan juga ianya dapat menambahkan lagi pengetahuan dan mengasah lagi bakat sedia ada para pemain dari peringkat akar umbi. Peringkat pertama dalam latihan sesebuah pasukan ialah latihan asas iaitu latihan menendang bola ,menanduk,menahan ,mengelecek dan juga latihan permainan serangan dan pertahanan
Latihan kemahiran penjaga gol

Latihan kecergasan penting untuk stamina pemain ketika perlawanan

Latihan mengelecek bola harus di kuasai oleh semua pemain

Setiap latihan yang di jalankan oleh jurulatih selalunya berdasarkan pemerhatian mereka mengenai kelemahan pasukan dan pemain. Dari situ lah jurulatih akan mengadakan latiah mengikut kreativiti mereka.

Saturday, April 2, 2011

Hari Kedua ( Separuh akhir dan Perlawanan Akhir)



Hari penentu pasukan mana yang layak menjadi johan zon johor jaya. di mulakan dengan perlawanan separuh akhir pertama di antara SKPJ3 bertemu SKPJ2 . SKPJ3 tiada masalah untuk menundukkan pasukan SKPJ2 dalam perlawanan separuh akhir pertama dengan jaringan 4 - 0 . Jaringan gol di jaringkan oleh Mohd Ikhmal dengan 4 gol dan muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan bola sepak zon johor jaya.

SKPJ3 telah layak ke perlawanan akhir bola sepak zon johor jaya dan akan bertemu pasukan SKTD di peringkat perlawanan akhir zon johor jaya. Perlawanan akhir ini secara keseluruhannya di kuasai oleh SKPJ3 dengan serangan bertalu-talu tapi pertahanan kental pasukan SKTM amat sukar di tewaskan.. penentuan pasukan juara melalui sepakan penalti yang berkesudahan SKTM menewaskan SKPJ3 dengan jaringan 3 - 2 ( badi penalti tak habis dari dulu)


Johan : SK Taman Molek
N.Johan : SK Taman Permas Jaya 3
Ketiga : SK Permas Jaya 4
Keempat: SK Permas Jaya 2

Pemain Terbaik : Nik Ahmad Rohaizat ( SKPJ3)
Penjaring Terbanyak : Muhd Ikhmal ( SKPJ3)

aiiii nak buat macama mana....dah nasib... Takpe bwah 11 dan bawah 10 SKPJ3 akan terus mencipta kejayaan.. selepas ini fokus kepada Pasukan SKPJ3 FC Junior ( program tunas bola sepak SKPJ3) tahniah kepada pemenang... SKPJ3 anda tetap terbaik!!!!...

KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON JOHOR JAYA


Bermula jam 8.30 pagi bermula lah kejohanan bola sepak bawah 12 tahun zon johor jaya peringkat kumpulan. setiap sekolah yang bertanding telah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan A,B,C . SKPJ3 FC di letakkan dalam kumpulan C bersama-sama pasukan Permas jaya 1 dan Johor jaya 2 .

Perlawanan pertama SKPJ3 di undi bertemu dengan pasukan Permas Jaya 1 dengan kemenangan 3 - 0 . Jaringan pertama pasukan SKPJ3 adalah jaringan yang paling awal dalam kejohanan tersebut .
Perlawanan kedua pasukan SKPJ3 bertemu pasukan Johor Jaya 1 dengan kemenangan 2-0


SKPJ3 FC telah layak ke perlawanan separuh akhir pada hari esok...doakan kejayaan mereka....