Sunday, September 18, 2011

Friday, September 16, 2011

PJ3 FC Divisyen ke -6 Striker Manager


Coach nak cuba nasib jadi Manager untuk main game Striker Manager ..Permainan sebagai seorang pengurus untuk kelab PJ3 FC

click untuk membesor...

Latihan 16 September 2011

Tarikh: 16 september 2011
kehadiran:12
Waktu: 4.45 petang sehingga - 6.30 petang
Jurulatih: C.Wira / C.Che Din

Aktiviti:
Latihan pada kali ini memfokuskan kepada hantaran bola,kawalan bola,mengelecek dan juga tandukan .Latihan hantaran di mulakan dengan pemain akan membawa bola dan membuat hantaran kepada pemain lain dan pemain tersebut akan menggantikan tempat pemain tersebut. latihan seterusnya ialah latihan tandukan.Latihan mengelecek yang dipelajari pemain ialah latihan memperdayakan pemain lawan dengan beberapa taktik yang di ajar oleh jurulatih. Latihan di tamatkan pada jam 6.15 kerana cuaca hujan. Ada beberapa pemain yang menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Mengenai kehadiran pemain minggu ini sangatlah mengecewakan. Ramai pemain yang mengatakan yang pemain yang tidak hadir ada yang pergi mandi kat swimming pool pergi beraya ,pergi kenduri dan ada juga yang sengaja tidak mahu hadir dengan alasan yang tidak munasabah.
Latihan penjaga gol pula memfokuskan kepada asas menangkap bola ,dive dan juga 1 x 1 dengan pemain lain.

* tiada gambar untuk latihan ini sebab coach terlalu fokus terhadap latihan jadi sampai terlupa.

Tuesday, September 13, 2011

Jadual Latihan Minggu Ini

Jumaat 16/09/2011
4.45 petang sehingga 6.30 petang

Sabtu 17/09/2011
4.45 petang sehingga 6.30 petang

Ahad 18/09/2011
8.30 pagi sehingga 11.00 pagi ( sesi pagi)

4.45 petang sehingga 6.30 petang ( sesi petang)

* latihan di batalkan sekiranya cuaca hujan dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan..

Monday, September 12, 2011

Latihan Hari Ahad 11/09/2011

Latihan sesi pagi
Tarikh: 11/09/2011
Kehadiran : 16
Jurulatih: C.Wira

Aktiviti
Latihan pada kali ini lebih menekankan kepada kemahiran asas permainan bola sepak yang masih belum sepenuhnya dikuasai oleh pemain seperti hantaran dan sepakan . taktikal permainan juga dipelajari oleh pemain .Selepas itu perlawanan 7 sebelah diadakan untuk mengenal pasti kelemahan utama setiap pemain,serta menerangkan mengenai peranan setiap pemain dalam posisi yang dimainkan.

Latihan sesi petang.
Tarikh: 11/09/2011
Kehadiran: 15 orang
Jurulatih: C.Wira

Aktiviti:
Latihan pada sesi petang bertumpu kepada latihan hantaran dan mengelecek.

Latihan Selepas raya ( Kerana Hujan )

Tarikh: 10 september 2011
Bil Pemain Hadir: 10 orang pemain.
Jurulatih : C.Wira

Aktiviti
Latihan pada hari tersebut terpaksa di batalkan kerana cuaca hujan . dan keadaan padang yang basah dan licin.

Wajah-wajah kesedihan terpancar dari wajah mereka...sebab dah lama tak main bola kot..

Jersy Training SKPJ3 FC

Setelah berpakat dengan pemain-pemain untuk menyeragamkan lagi pakaian pasukan ketika berlatih maka terbelilah baju untuk training ini . Semua dah sepakat lepas raya nak beli baju ni.. macam2x pilihan warna ada yang warna hijau la kuning la hitam la...tapi merah mendapat undian yang paling banyak..

Jersi untuk latihan SKPJ3 FC 2011

Jersi untuk latihan penjaga gol SKPJ3 FC 2011

2 pilihan warna iaitu merah dan kelabu taik anjing (hehehe) merah untuk pemain dan warna kelabu untuk penjaga gol.. tinggal tugas untuk letak tag SKPJ3 FC di belakang baju saja yang tinggal lepas tu baru la budak2x tu boleh melaram dengan baju masing2x..