Sunday, May 22, 2011

Latihan Kali Ke 18

Tarikh: 21 / 05 / 2011
Waktu: 5.00 pm - 6.30 pm
kehadiran: 23
Jurulatih : C.Wira / C.Din

Latihan Hari ke 18 . Perancangan latihan seperti di bawah

1. Jogging
2. Regangan otot
3. ( SAQ) speed ,agility,quicknes
  • zig zag run / forward backward zig zag
  • flying horse /francing horse
  • Hop Jumping
  • Body jumping
  • sprint
4. Skills :
  • run with the ball/drag back
  • twist n turn
  • the fake
  • How to trick goal keeper
  • How to shoot
Secara keseluruhan latihan pada kali ini agak berbeza dengan latihan sebelumnya dengan pengenalan latihan SAQ iaitu singkatan kepada speed,agility,quickness . Kelemahan para pemain masih lagi pada skill sepakan . 3-4 orang pemain masih lagi tidak menguasai skill sepakan . dah dekat 3 bulan lebih dah latihan kemahiran asas masih lagi menjadi masalah bagi mereka...

Tuesday, May 17, 2011

Sapa Hebat???..


Perlawanan antara Pasukan Guru dan Pasukan Murid pada aktiviti sambutan Hari Guru pada 16 Mei yang lalu...

Bergambar kenangan sebelum beraksi dan menentukan siapa yang hebat...

Perlawanan berkesudahan dengan pasukan guru menang dengan jaringan 3 - 1

Wednesday, May 11, 2011

IP.80.82 Individu yang sama..menggunakan nama orang lain.

Patut ke?? buat macam nie... mengutuk mengeji jurulatih yang melatih mereka??
Terima kasih atas kutukan dan cacian itu..
Tidak akan menghalalkan segala ilmu yang jurulatih itu ajarkan kepada anda..
Terima la balasannya!!!!!
mungkin terlepas hukuman di dunia...
Akhirat???...

Monday, May 9, 2011

Pemain Terbaik Mingguan

Kriteria pemilihan pemain terbaik mingguan di pilih berdasarkan

-Kedatangan penuh 3 sesi latihan Petang sabtu /pagi ahad /petang ahad

-menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap latihan.

-Disiplin yang bagus

-persefahaman yang bagus dengan rakan-rakan lain
tidak mementingkan diri

-peningkatan dari segi mutu permainan dan kemahiran.

Pada minggu ini pemain terbaik mingguan tidak dapat disenaraikan..

Saturday, May 7, 2011

Gambar Latihan Sesi Pagi



Latihan Hari ke 11 ( 7/05/2011 )


Tarikh : 7 /05/2011 Sabtu

Kehadiran: 26 orang

Jurulatih : C.Wira / C.Din/ C.faiz

Latihan di mulakan dengan pemain melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan otot.Latihan kemahiran pada hari ini ialah marking /passing dan shot on goal practice. Latihan marking mengajar pemain-pemain mengawal pemain lawan yang telah di tentukan oleh jurulatih .Latihan ini juga mengajar mereka supaya bermain dengan tidak berkumpul pada satu tempat dan tidak melepaskan pemain lawan di bawah jagaan mereka. Latihan kedua pula ialah latihan hantaran atau passing di mana setiap pemain melakukan hantaran tepat pada rakan sepasukan yang di kawal oleh pemain lawan. Latihan terakhir iaitu sepakan ,masih ramai lagi pemain yang tidak menguasai kemahiran sepakan. 4 orang penjaga gol menjalani latihan bersama jurulatih penjaga gol C.Din dan C.Faiz menunjukkan ramai penjaga gol yang mempunyai prestasi yang bagus setakat ini.Jumpa lagi pagi esok dan petang esok.

Latihan marking


Monday, May 2, 2011

Gambar Latihan dan Perlawanan PJ3 Junior



Latihan Hari Ke - 8 / 9 / 10

Tarikh: 2/05/2011
Waktu :5.00 petang hingga 6.30 petang
Kehadiran: 24 orang pemain
Jurulatih : C Wira/ C Din

Latihan selama 3 hari di jalankan pada sebelah petang liga 4 sebelah di jalankan. kehadiran pemain semakin lama semakin mengecewakan kerana sebab-sebab tertentu ada yang kehadiran penuh minggu lepas tapi minggu ni tak nampak muka langsung yang kedatangan penuh dari minggu lepas dan minggu ni tahniah la.. Prestasi para pemain setelah beberapa bulan training dah nampak peningkatan mereka ,cuma dari segi permainan agak kurang memberangsangkan .Sebab itu lah liga 4 sebelah diadakan untuk meningkatkan kesedaran mereka bagaimana bermain dalam pasukan dan membentuk persefahaman yang kental serta membina semangat mereka supaya tidak luntur ketika berdepan perlawanan sebenar . jumpa lagi minggu depan...


Sunday, May 1, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN KE2 DAN KE3


KEMENANGAN TERBESAR PASUKAN ADIZERO DENGAN JARINGAN 9 - 1 MENGALAHKAN PASUKAN PREDITO.TEMPO MENANG TANPA BERTANDING DENGAN KEMENANGAN 3-0 KERANA PASUKAN THE 4 LIONS TIDAK HADIR .
SEKALI LAGI WAKIL DARI PASUKAN THE 4 LIONS TIDAK HADIR DAN MEMBERIKAN KEMENANGAN TANPA BERTANDING KEPADA PASUKAN TIEMPO. PASUKAN ADIZERO TIDAK DAPAT MARA APABILA TEWAS DI TANGAN PASUKAN MERCURIAL DENGAN JARINGAN 2-0 .PASUKAN TX-4 TERUS MARA DENGAN KEMENANGAN KEDUA MEREKA.