Saturday, June 23, 2012

Perlawanan Persahabatan

 Perlawanan persahabatan sangat penting untuk sesebuah pasukan .Ini kerana melalui persahabatan dapat menilai kemampuan sebenar sesebuah pasukan .adakah latihan yang di berikan di praktikkan di dalam perlawanan. Menguji kemampuan pemain dari segi kemahiran dan juga psikologi mereka ketika bermain samada mereka betul-betul bersedia  untuk perlawanan  ketika pertandingan sebenar. Pjay3 fc sudah melalui dua perlawanan persahabatan yang membuahkan keputusan yang memberangsangkan.




Perlawanan persahabatan bersama murid tahun 6 


Perlawanan Persahabatan 

Pjay3 FC  vs  TH6 
   6           -      0

Pjay3 FC  vs  PJ4 
       5                 -       2 

Perlawanan persahabatan yang pertama diadakan pada 17 hb june 2012 yang berlangsung di padang keramat PJay3 FC  pertemuan dengan bekas-bekas   pemain pjay3 fc  iaitu di kalangan murid tahun 6 berkesudahan dengan pjay3 fc menang dengan jaringan yang besar iaitu 6 -  0 .Kemenangan dengan jumlah jaringan yang banyak tidak memberikan impak yang besar jika persembahan hambar pasukan... terutamanya di barisan hadapan pasukan. Ada beberapa pemain yang masih belum menguasai peranan sebenar posisi mereka... dan juga kurangnya  semangat berpasukan di tunjukkan.

Perlawanan persahabatan yang kedua menyaksikan mereka bertemu dengan pasukan jiran dan juga pasukan musuh ketat Pja3 fc iaitu PJ4 .Ramai diantara pemain memperkatakan mengenai kemasukan seorang pemain yang mereka geruni . Tetapi perkara itu tidak melemahkan semangat para pemain. Dari segi corak permainan pjay3 fc kali ini agak teratur terutama sekali di bahagian serangan,cuma pemain sayap sebelah kiri agak merudum cara permainannya. Ketiadaan seorang pemain pertahanan yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu agak mencacatkan pertahanan pasukan.Kemasukan seorang pemain baru di lihat satu impak yang besar . kemenangan 5-2 agak berbaloi kerana pertemuan sebelum ini sekadar seri .