Saturday, May 7, 2011

Latihan Hari ke 11 ( 7/05/2011 )


Tarikh : 7 /05/2011 Sabtu

Kehadiran: 26 orang

Jurulatih : C.Wira / C.Din/ C.faiz

Latihan di mulakan dengan pemain melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan otot.Latihan kemahiran pada hari ini ialah marking /passing dan shot on goal practice. Latihan marking mengajar pemain-pemain mengawal pemain lawan yang telah di tentukan oleh jurulatih .Latihan ini juga mengajar mereka supaya bermain dengan tidak berkumpul pada satu tempat dan tidak melepaskan pemain lawan di bawah jagaan mereka. Latihan kedua pula ialah latihan hantaran atau passing di mana setiap pemain melakukan hantaran tepat pada rakan sepasukan yang di kawal oleh pemain lawan. Latihan terakhir iaitu sepakan ,masih ramai lagi pemain yang tidak menguasai kemahiran sepakan. 4 orang penjaga gol menjalani latihan bersama jurulatih penjaga gol C.Din dan C.Faiz menunjukkan ramai penjaga gol yang mempunyai prestasi yang bagus setakat ini.Jumpa lagi pagi esok dan petang esok.

Latihan marking


No comments:

Post a Comment