Monday, April 11, 2011

Kelengkapan Penting Bagi Seorang Pemain



Kelengkapan penting bagi seorang pemain bola sepak
Baju yang sesuai untuk bermain bola sepak...baru lah nampak mcm ahli sukan... jangan pakai baju yang tulisan ntah ape2x..yang tak melambangkan anda itu seorang pemain bola sepak walaupun anda hanyalah seorang pemain peringkat sekolah atau taman..

Seluar yang sesuai untuk bermain bola sepak.

Tolong la jangan pakai seluar nak ke pantai ni mase nak main bola... Saya sendiri pernah menghalau seorang pemain balik rumah ganti seluar gara-gara memakai seluar ke pantai ni...sakit mata tengok !!!..
Sangat penting sekali sebagai pelindungan kepada tulang kering kaki pemain. Latihan pun saya tetap akan suruh pemain saya pakai ,kerana kecederaan akan terjadi jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati
Stokin panjang sangat penting untuk mengelakkan kaki daripada calar balar di samping menampakkan kekemasan bagi seseorang pemain.
Kasut dicipta untuk melindungi kaki daripada tercedera terutamanya tapak kaki,sebab itulah pentingnya kasut dalam apa jua aktiviti. Dalam permainan bola sepak kasut merupakan aset penting . Pemerhatian saya jenama yang paling popular sekali bagi pemain di bawah 12 tahun ialah jenama Nike .rata-rata saya lihat ramai pemain yang menggunakan kasut nike. Adakah jenama yang dipilih dari segi keselesaan atau sekadar gaya ataupun terikut2x jenama kasut yang dipakai oleh idola mereka. Saya sediri tidak pernah memakai kasut jenama tersebut dan lebih selesa dengan adidas keselesaan atau gaya??... tidak juga ...kerana dah lama pakai adidas sebelum itu pernah menggunakan kasut jenama umbro. Sekurang-kurangnya seorang pemain ada 2 pasang kasut.

No comments:

Post a Comment