Saturday, April 30, 2011

LIGA 4 SEBELAH PJ3 JUNIOR PERLAWANAN PERTAMA

CLICK UTK MEMBESOR
Perlawanan liga 4 sebelah diadakan lebih awal sehari kerana keterujaan pemain-pemain berentap dengan pasukan lain. Perlawanan pertama di mulakan dengan pasukan Predito bertemu pasukan TX-4 di mana kedua-dua pasukan bermain begitu hambar dan berkesudahan seri tanpa jaringan. Perlawanan kedua pula adalah yang tidak di sangka-sangka di mana pasukan All4 berjaya menewaskan pasukan pilihan untuk menang iaitu Adizero dengan kemenangan 3-2 ,pada babak pertama pasukan Adizero bermain dengan begitu hambar sekali .Banyak kali pasukan Adizero melanggar peraturan kerana mereka menukar penjaga gol dengan sesuka hati .Pasukan The 4 lions terus mengaum dan membaham mangsa mereka yang pertama dengan mengalahkan pasukan The Copa dengan jaringan terbanyak setakat ini dengan jaringan 7-1 . Perlawanan terakhir untuk pusingan pertama ini di sudahi dengan kemenangan pasukan Tiempo mengalahkan pasukan Mercurial dengan jaringan 4-0.Besok akan bermula pula saingan pusingan kedua.....

No comments:

Post a Comment